Jika diizinkan Allah, beginilah rupa karya sulung (bukan pertama) saya, yang jika diizinkan Allah juga, bakal diterbitkan. Doakan saya!
November 19, 2009 oleh diariungu
Jika diizinkan Allah, beginilah rupa karya sulung (bukan pertama) saya, yang jika diizinkan Allah juga, bakal diterbitkan. Doakan saya!
Didoakan suskses dalam penulisan. Belum punya kesempatan dan kemahiran dalam penulisan… Apapun teringin menjadi penulis muda seperti pemilik diari ungu …
Tahniah
semoga sukses ya kak:)
salam kak juwairiah…tahniah… saya doakan kakak sentiasa sukses dalam bidang yang diceburi… semoga karya sulung itu berjaya dikeluarkan…
Fahdin: Jom sama2 asah bakat!Farhan: Menanti antologi puisimu pula
Syiqin: Moga sukses juga, dik
Tinta Kembara: Kamu siapa ya, dik? Adakah kakak kenal kamu? Terima kasih, dik.
Salam ukhti Ju, Saya ukhti Atiqah..Bagus sekali, sudah hampir selangkah kepada penerbitan bukunya..semoga berjaya hingga menjadi penulis terkemuka…(",)
Atiqah: Insya-Allah. Amin… Semoga kita sama-sama berjaya
salam..moge penerbitan ini dpt berjalan dgn lancar.. bitaufiq wan najah!!!
Amin.Terima kasih Firna
salam ziarah kak juwairiah .
saya dah pun beli buku akak tadi
teruskan berkarya dengan mata pena kurniaan Ilahi .
Adik Hurrun Maqsurah: Indahnya nama!
Dan terima kasih atas sokongan dan galakan
Terima kasih kerana membeli buku kakak
Assalamualaikum, kak Juwairiah@diari ungu..
Lama rasanya saya tak menjenguk diari ungu, rupa-rupanya sudah berpindah rumah..
Alhamdulillah, baru tamat membaca antologi cerpen akak.. Mantap! Terbaiklah! Terus sukses. Selepas ini akan terbitkan novel pula tentunya..
Insya Allah.
Allahuakbar.
Adik Jamilah, ya, sudah berpindah rumah… tiru adik
salam..sy baru jea beli bukun tu td..lum bace lg..clas abis kul8 jp g..abis clas nk bce la…huhuhu
Ummuzzahra’, terima kasih kerana sudi membeli buku saya
selamat membaca!
salam ju, kak ayu cuba cari d beberapa toko… habis d jual. last gi alamanda MPH dlm stock ade 14 buah… tapi cari buku tak jumpa… teringin nak baca buku ju… klau nak order camne? cuti penggal pertama ni kak ayu balik kampung..
Kak Ayu, Ju sendiri memang tak jual buku tu
Setakat yang Ju tahu, di Pustaka Mukmin di Masjid Jamek ada dijual, juga Pustaka Minerva yang berhadapan dengannya
assalamualikum..
salam pertemuaan mesra ..
walaupun didlm alam maya ..
moga akak terus menulis diatas pena keyboard
akak ..yg sbnrnya ana minat sgt penulisan ni
jadi blh tak akak kongsikan dgn ana
Waalaikumussalam, dik.
Salam pertemuan juga.
Baguslah jika adik meminati penulisan.
Cuma pesan akak, teruskan menulis. Untuk maju dan matang dalam bidang ini memakan masa yang panjang, dik. Sukar untuk terus berjaya dalam sekelip mata. Akak sendiri masih dalam fasa bertatih untuk berdiri, banyak yang perlu diperbaiki.