‘Rakaman’ dibuat pada 21 Mac 2010. Kira-kira jam 11.00 pagi, tibalah saya dan seorang teman di Putra World Trade Centre (PWTC). Belum pun sempat memasuki pintu belakangnya (melalui jalan pintas), ‘budak-budak’ Celcom dengan baju-T ungunya menyerbu sambil ‘konon’ mahu memberikan kad prabayar percuma. Kami mengangkat tangan tanda tidak mahu. Telah berjanji dengan seorang ‘pendekar’ untuk [...]
Arkib bagi Bulan Mac 2010
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL ’10)
Dikirim dalam Rakaman pada Mac 23, 2010 | Leave a Comment »
Tekanan Yang Memaknakan
Dikirim dalam luahan Rasa, tagged Sastera, Tekanan pada Mac 14, 2010 | 4 Komen »
Jikalah aku seorang ‘pemakan’ apabila ditindih tekanan, pasti aku tidak akan dilihat sebagai remaja usia 16. Oleh kerana aku bukan ‘pemakan’ dalam iklim tekanan, aku dipandang sebagai bocah kecil belasan tahun (wau!). Dan, lantaran aku bukan seorang ‘pemakan’, jari-jemarikulah yang akan berperanan; menari-nari di atas papan kekunci, seumpama bocah angon dengan kambing-kambing atau lembu-lembunya, menari-nari [...]
Pagi di Restoran Mamak
Dikirim dalam Rakaman, tagged mamak, Roti canai, teh tarik pada Mac 14, 2010 | 2 Komen »
Kuselak tirai pagi, menapak di atas dada jalan. Pagi lengang, tidak macat. Nun di seberang jalan, ada restoran mamak. Roti canai dan teh tarik bertandang di ruang mata. Malu? Ah, pedulikan! Haruskah kantung perut yang bergendang dibiar kosong hanya kerana sepatah malu? Tidak! “Kaki aku penat. Letih dan lemah. Baiklah berhenti minum dulu. Apa salahnya [...]
Aku Ingin Menjadi Pohon
Dikirim dalam Puisi, tagged Pohon pada Mac 13, 2010 | 2 Komen »
Aku ingin menjadi pohon dirempuh angin, sabar dicalit najis, biar. Aku ingin menjadi pohon melempar batu dengan buah membalas pahit dengan manis memberi madu pada yang mencirit najis. Aku ingin menjadi pohon tumbuh dengan sabar mengakar kukuh ke dasar bumi biar dirembat badai duga ia terus teguh berdiri mandiri. 13 Mac 2010, Kuala Nerang.
Menanti Hujan
Dikirim dalam luahan Rasa pada Mac 12, 2010 | 1 Komen »
Petang yang bahang. Aku mendongak langit, mencari hujan. Ah, langit masih cerah, sekalipun guruh melaung sesekali. Awan perak kemilau di lengkung langit, petanda harapan kian suram. Aku masih tetap menanti hujan. Datanglah hujan, siramilah tanah hati ini. Datanglah hujan, hanyutkan danur yang bersalut pada diri ini. Datanglah hujan, aku menantimu, agar rintik-rintik dinginmu mampu mengusap [...]
Perkongsian Pembaca Tentang Tawajuh Cinta
Dikirim dalam Perkongsian e-mel pada Mac 10, 2010 | 2 Komen »
Dari blog seorang teman pencinta sastera, Fandy Taher. Beliau menukilkan sebagaimana berikut: Sebuah buku yang menghimpunkan 13 cerpen hasil tulisan seorang penulis muda, Juwairiah Md Jamil. Tawajuh Cinta. Mari berkenalan dengan penulis muda ini terlebih dahulu. Nama, Juwairiah Md Jamil. Atau juga dikenali sebagai diariungu. Dipanggil Ju bagi kenalan-kenalan rapat. Asal, Kuala Nerang, Kedah. Penulis [...]







