Kandil Hati

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL ’10)
‘Rakaman’ dibuat pada 21 Mac 2010.

Kira-kira jam 11.00 pagi, tibalah saya dan seorang teman di Putra World Trade Centre (PWTC). Belum pun sempat memasuki pintu belakangnya (melalui jalan pintas), ‘budak-budak’ Celcom dengan baju-T ungunya menyerbu sambil ‘konon’ mahu memberikan kad prabayar percuma. Kami mengangkat tangan tanda tidak mahu.

Telah berjanji dengan seorang ‘pendekar’ untuk menemuinya di situ. Dan dia memberitahu akan menunggu di hadapan eskalator. Hah, itu dia berbaju hitam pendekar! Setelah berbasa-basi, kami bertiga meredah arus manusia yang ramai itu.

“Beruk ada?” soal saya.

Pendekar tersenyum sambil mengiyakan. Pasti menyewah di fikirannya; tidak habis-habis dengan Beruk! Dan dia pun membawa saya ke gerai Al-Ameen Serve Holdings (booth) yang menjual Beruk dan deretan buku-buku lain. Wah, seronok rasa hati setelah dapat memiliki Beruk sendiri!

Wanita muda di situ asyik mempromosikan novel-novel karya Faisal Tehrani kepada kami. Saya buat-buat membelek buku lain (kerana sudah maklum tentang buku-buku yang disebut itu; ‘peminat setia’ pasti akan ambil tahu, malah serba tahu tentang penulis yang digemari), antaranya novel-novel tulisan Isa Kamari, membiarkan pendekar ‘melayan’ bicara wanita itu.

Setelah itu, barulah kami melangkah ke gerai Telaga Biru Sdn. Bhd. (TBSB). Sengaja mahu mencari buku tulisan sendiri; Tawajuh Cinta, setelah petang kelmarin menerima sebuah SMS daripada seorang sahabat, memberitahu bahawa karya saya itu asyik dibelek-belek orang, dan dia berasa cemburu, juga berbangga! (^^,) Lihat di rak, itu dia Tawajuh Cinta! Kebetulan, ternampak seorang gadis remaja mengambil buku itu dan mahu membayarnya. Rasa seronok. Mungkin begitulah rasanya apabila karya dibeli orang.

Sekonyong-konyong, ternampak pendekar mahu membayar harga buku itu, sedangkan dia sudah pun memilikinya. “Ait, kan dah ada?” soal saya, hairan.

“Untuk kawan. Dia pesan.”

“Ohh!”

Dan pendekar meminta izin untuk berlalu seketika menemui kawannya.

Tup tup, terserempak dengan Kak Nisah Haron. Entah. Rasa malu hendak berdepan. Kebetulan, pendekar ada di situ juga. Sedang berbual dengan seorang perempuan. Itulah kawan yang meminta dia membelikan buku tulisan saya itu. Dan mereka sama-sama mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2009. Kami bertegur sapa, dan dia meminta saya menandatangani buku itu.

Langkah masih diteruskan. Banyak buku yang memikat hati, terutamanya di gerai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Malang, kali ini, saya terpaksa membutakan mata dan mengutamakan yang ‘utama’. Peruntukan untuk buku sangat terhad, khusus untuk buku-buku ‘terhad’ pula. Justeru, saya hanya mampu memiliki Beruk buat diri sendiri, dan bakinya bakal menjadi milik ‘pemelihara’ tuan Beruk itu sendiri. (^^,)

Destinasi terakhir ialah Galeri Ilmu Sdn. Bhd. (GISB). Masya-Allah, ramainya orang. Seumpama kelkatu menghurung lampu! Banyak juga buku yang menarik perhatian, antaranya buku-buku terbaru tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saiful Islam), iaitu Murabbi Cinta dan Secangkir Teh Pengubat Letih. Rangkai kata ‘Secangkir Teh’ itu membuatkan saya rasa seolah-olah mahu terjun ke dalam lautan teh untuk menghirup manisnya! Gelintar juga buku-buku terbitan GISB yang lain, tetapi tidak ditemui.

Saya menyusup di celah-celah orang ramai itu. Berdiri berhampiran dengan kaunter bayaran, dan bertanya: “Novel Surat Ibu dari Penjara ada? Atau masih belum terbit?” Petugas lelaki di hadapan saya menjawab tidak ada. Belum terbit.

“Eh, ada! Dah terbit.” Begitu sampuk seorang perempuan juruwang, lalu menunjuk ke arah buku yang dimaksudkan. Saya sengaja mahu membeli novel itu, di samping jalan ceritanya yang mendidik dan menginsafkan, sebab lain ialah saya yang menjadi penyuntingnya! Jadi, mahu ‘memeriksa’ kualiti suntingan sendiri. Mungkin boleh diperbaiki dari semasa ke semasa untuk masa hadapan.

Ya, tertulis nama saya sebagai penyuntingnya pada halaman pertama buku itu. Saya sangat berterima kasih kepada Saudara Zakaria Sungib, Editor Perolehan dan Kak Ummu Hani, penulisnya sendiri lantaran memberi kepercayaan kepada saya untuk ‘cuba’ menyunting karya terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. (GISB).

Terserempak pula dengan Saudara Zakaria Sungib, Editor Perolehan merangkap ahli Kelab Penulis Zaharah Nawawi (KEPEZI). Kami berbual-bual seputar buku, dan beliau mempelawa saya untuk menulis novel dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. (GISB) pula. “Insya-Allah”, jawab saya. Sebelum ini, Cikgu Wan Zayuhisham, penulis novel awal remaja Impian Juara juga pernah menganjurkan perkara yang sama kepada saya. Begitu juga dengan seorang teman di PTS, baru-baru ini meminta saya menulis kumpulan cerpen untuk syarikat mereka. Hendak tergelak juga. Masalah sekarang bukan penerbit buku, tetapi penulisnya yang sedang kontang idea ini!

Pendekar mencari saya tidak berjumpa. Saya beritahu mahu pulang. Saya pula pergi mencarinya. Itu dia! Setelah merakam sekeping dua pertemuan yang entah bila akan berlaku lagi, kami bubar. Pendekar masih tetap di situ, sabar menunggu penulis pujaannya, Faisal Tehrani pada jam 4.00 petang di gerai Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).

Saya bawa pulang Beruk dan Surat Ibu dari Penjara. Hanya dua itulah milik saya.

Tekanan Yang Memaknakan
Jikalah aku seorang ‘pemakan’ apabila ditindih tekanan, pasti aku tidak akan dilihat sebagai remaja usia 16. Oleh kerana aku bukan ‘pemakan’ dalam iklim tekanan, aku dipandang sebagai bocah kecil belasan tahun (wau!). Dan, lantaran aku bukan seorang ‘pemakan’, jari-jemarikulah yang akan berperanan; menari-nari di atas papan kekunci, seumpama bocah angon dengan kambing-kambing atau lembu-lembunya, menari-nari di atas padang rumput hijau di pergunungan sejuk…

Suhu tekanan dalam dada sebaliknya tidak sesejuk suhu di pergunungan. Suhu panas tekanan ini serasa mahu ditumpah ke dalam acuan tulisan, sekalipun tulisan itu tidak semestinya menggambarkan tekanan yang dialami. Tulislah apa sahaja, akan terasa sedikit lega. Seolah-olah nafas yang sebelum ini tersekat di rongga dada, akan kembali lancar mengalir di salur nafas.

Kenapalah di dalam tenang perlu ada serabut?

Kenapalah di dalam sepi perlu ada bising?

Kenapalah di dalam gembira perlu ada nestapa?

Kenapalah di dalam bahagia perlu ada sengsara?

Kenapalah rasa ini perlu ada rasa itu?

Kenapalah rasa perlu disesaki rasa?

Kenapa?!

Aku menyelak sebuah buku, buah tangan seorang penulis muda; Setitis Embun Semarak Api tulisan Dato’ Profesor Emeritus Haji Shahnon Ahmad. Aku tertarik pada judul sebuah kandungan; ‘Tekanan Demi Tekanan Yang Memaknakan.’ Beliau memetik kembali tulisannya dalam sebuah Pengantar Menyoroti Diri dalam ‘Seketul Hati Seorang Pemimpin’;

“Saya masih yakin bahawa penekanan yang mengharu dan menggelisahkan jiwalah yang menjadi unsur yang mengilhamkan sesebuah karya.”

Saya juga terpikat pada barisan ayat ini: “Sesungguhnya penekanan juga yang membasahkan daya imaginasi dan terus menghujani daya cipta sehingga hujan lebat menimpa bumi. Tanah-tanah merekah tercantum kembali. Rumput-rumput kehijauan semula. Dan udara sekitaran terasa segar lagi nyaman; senyaman menatap wajah bayi, selunak menyentuh sutera dan selembut tubuh isteri yang tercinta.

Inilah rahsia-rahsia yang berdaya dicetuskan oleh karya-karya yang lahir daripada tekanan dan seksaan hati dan jiwa yang turut diiringi dengan kesungguhan daya cipta. Entah! Perihal ini amat subjektif. Lain lidah lain seleranya. Lain hati lain rasanya. Lain mata lain jelingannya.”

Benar. Saat setelah saya menghabiskan sebuah tulisan, hujan turun basah mencurah-curah. Tanah merekah kembali bercantum. Cacing tidak lagi kepanasan. Ayam-ayam basah kuyup bermain hujan. Mendung dan kelam dada langit telah menuang sejambak ilham.

Tekanan. Ah, benarkah nikmat dalam gelora?

Pagi di Restoran Mamak
Kuselak tirai pagi, menapak di atas dada jalan. Pagi lengang, tidak macat.

Nun di seberang jalan, ada restoran mamak. Roti canai dan teh tarik bertandang di ruang mata. Malu? Ah, pedulikan! Haruskah kantung perut yang bergendang dibiar kosong hanya kerana sepatah malu? Tidak!

“Kaki aku penat. Letih dan lemah. Baiklah berhenti minum dulu. Apa salahnya rehat sekejap. Perut aku lapar. Tekak aku haus. Aku makan aku bayar. Aku minum aku bayar. Tidak ada guna mempedulikan tentang kata-kata orang. Satu sen pun tidak guna!” Itu kata-kata Imrah dalam Ombak Bukan Biru karya Fatimah Busu.

Ya, tidak ada gunanya mempedulikan kata-kata orang. Tapi… siapa pula yang mahu peduli?

“Roti canai telur dan teh tarik!”

Mamak senyum, angkat ibu jari. “Siap!”

Seketika, terlupa di mana berada. Kusangka di India. Alunan lagu Hindustan berkumandang dari corong radio. Mm, sedap juga.

Teh tarik tiba. Kuah kari tiba. Roti canai tiba. Panas.

Perut yang lapar memaksa aku menghabiskan kesemuanya. Tidak ada sisa, kecuali sedikit buih-buih di dalam cawan dan baki kuah kari.

Alhamdulillah. DIA telah menyuap rezeki ke kantung perut yang kosong ini.

Alhamdulillah, ada rezeki yang melimpah-ruah sejak bermulanya pagi.

Alhamdulillah.

Aku Ingin Menjadi Pohon
Aku ingin menjadi pohon

dirempuh angin, sabar

dicalit najis, biar.

Aku ingin menjadi pohon

melempar batu dengan buah

membalas pahit dengan manis

memberi madu pada yang mencirit najis.

Aku ingin menjadi pohon

tumbuh dengan sabar

mengakar kukuh ke dasar bumi

biar dirembat badai duga

ia terus teguh berdiri

mandiri.

13 Mac 2010,

Kuala Nerang.

Menanti Hujan
Petang yang bahang.

Aku mendongak langit, mencari hujan. Ah, langit masih cerah, sekalipun guruh melaung sesekali. Awan perak kemilau di lengkung langit, petanda harapan kian suram.

Aku masih tetap menanti hujan.

Datanglah hujan, siramilah tanah hati ini.

Datanglah hujan, hanyutkan danur yang bersalut pada diri ini.

Datanglah hujan, aku menantimu, agar rintik-rintik dinginmu mampu mengusap rasa hati ini.

Datanglah hujan…!

Perkongsian Pembaca Tentang Tawajuh Cinta
Dari blog seorang teman pencinta sastera, Fandy Taher. Beliau menukilkan sebagaimana berikut:

Sebuah buku yang menghimpunkan 13 cerpen hasil tulisan seorang penulis muda, Juwairiah Md Jamil. Tawajuh Cinta.

Mari berkenalan dengan penulis muda ini terlebih dahulu. Nama, Juwairiah Md Jamil. Atau juga dikenali sebagai diariungu. Dipanggil Ju bagi kenalan-kenalan rapat. Asal, Kuala Nerang, Kedah. Penulis ini menerima pendidikan awalnya di negeri Kedah. Negeri kelahirannya. Membesar juga di negeri Kedah, negeri yang banyak menghimpunkan guru-guru silat dari pelbagai persatuan silat. Dan sekarang penulis sedang meneruskan pengajiannya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Seorang yang mempunyai cinta dan suka kepada warna ungu. Seorang yang mudah mesra dengan teman-teman. Kadang berkebolehan juga untuk membuat lawak sehingga mengalir air mata menahan tawa.

Untuk kenal lebih dengan penulis muda ini, sila lawati laman blog beliau di sini.

Kembali kepada buku himpunan cerpen penulis muda ini.

Kali pertama melihat muka depan buku ini, saya merasakan ianya menarik. Jika diletakkan sebaris dengan buku-buku yang lain di atas rak, tentu buku yang ini pertama-tama dapat memikat anak mata untuk diambil, dipegang, dibelek-belek.

Muka depan sesebuah buku sangat penting. Ianya merupakan daya pemikat yang pertama kepada para pembeli. Lebih-lebih lagi untuk penulis baru yang sedang cuba meletakkan nama mereka dalam dunia penulisan kreatif. Dengan lambakan buku di kedai-kedai buku sekarang ini, daya penarik pertama ini sangatlah penting tanpa dinafikan kepentingan isinya juga.

Dan bagi saya kulit buku Tawajuh Cinta ini berjaya memancing pandangan mata saya.

Tawajuh Cinta

Judul cerpen pada susunan ketiga daripada 13 buah cerpen dalam buku ini telah dipilih untuk menjadi judul buku terbitan Telaga Biru Sdn Bhd ini.

Cerpen Tawajuh Cinta adalah tentang kebencian umat Islam terhadap Israel. Kebencian yang meluap dizahirkan dengan mengadakan protes terhadap Israel. Mengadakan himpunan aman tanda tidak bersetuju dengan Israel yang terus terusan menindas umat Islam di Palestin.

Pada pendapat saya, judul cerpen ini diangkat menjadi tajuk buku ini bukanlah kerana kekuatan cerpen itu sendiri. Ada lagi beberapa buah cerpen di dalam buku ini yang pada hemat saya lebih terasa intinya. Kemungkinan Tawajuh Cinta ini diletakkan sebagai judul buku ini kerana nilai komersialnya. Tawajuh Cinta, suatu nama yang enak didengar.

Sejak novel Ayat-ayat Cinta memecahkan angka-angka jualan novel di Indonesia dan Malaysia, ramai yang menggunakan judul yang seakan-akan Ayat-Ayat Cinta itu. Kita ada Tasbih-tasbih Cinta, Zikir-zikir Cinta, Doa-doa Cinta, Lafaz-lafaz Cinta, Takbir-takbir Cinta, dan beberapa lagi novel yang memiripi Ayat-ayat Cinta. Dan yang ironinya, tidak sedikit novel yang seakan Ayat-ayat Cinta ini menggondol Best Seller sehingga terjual lebih dari 50,000 naskah. Jadi tidak ada hairannya jika Tawajuh Cinta dijadikan judul buku ini.

Antara cerpen yang terdapat di dalam Tawajuh Cinta ini yang saya merasa senang apabila membacanya, salah satunya adalah Mentari Di Hujung Senja. Cerpen pada susunan ke 4 dari 13 buah cerpen di dalam buku ini. Di muka surat 29.

Berkisah tentang seorang pelajar tahun akhir di sebuah universiti tempatan bernama Nadiah. Hidupnya sebagai seorang pelajar, seperti juga pelajar-pelajar yang lain, hanyalah dengan bergantung kepada sumber kewangan daripada PTPTN. Dalam masa yang sama, Nadiah juga menjaga seorang bayi, anak kepada kakak dan abang iparnya. Kakak dan abang iparnya tidak mahu menjaga anak mereka itu kerana mereka juga sedang belajar dan dengan alasan tidak mempunyai kewangan yang kukuh, mereka tidak mahu memelihara anak mereka sendiri.

Nadiah dengan rela telah mengambil anak itu dan menjaganya walau dirinya sendiri bakal menanggung beban yang bukan sedikit. Berkali juga ibunya menasihati Nadiah supaya diserahkan sahaja anak itu ke rumah anak-anak yatim agar lebih terurus kehidupannya memandangkan mereka bukanlah dari keluarga yang senang. Keluarga mereka juga tidak mampu untuk memberi keselesaan kepada anak yang masih kecil itu. Di rumah anak-anak yatim itu ibunya melihat anak itu bisa dibesarkan dengan baik dibawah jagaan pengasuh-pengasuh yang terlatih.

Namun Nadiah tidak mampu untuk kehilangan anak kecil itu. Biarlah sesusah mana pun dirinya, tetapi dia tidak rela berpisah dengan anak yang telah dianggap sebagai anaknya sendiri itu.

Sehingga pada suatu hari selang beberapa tahun, ibu dan ayah kandung kepada anak itu datang untuk mengambil semula anak mereka. Setelah mereka mendapat kesenangan hidup kini mereka bersedia untuk menjaga anak kecil itu. Nadiah berkeras tidak mahu memberi anak itu kepada mereka. Keengganan Nadiah untuk menyerahkan anak kecil itu kepada kakak dan abang iparnya membuatkan mereka mengugut untuk membawa perkara ini ke mahkamah.

Nadiah berasa sangat marah dan kecewa dengan sikap kakak dan abang iparnya. Membuang anak dikala susah dan hanya mencari bila hidup telah senang. Hanya tahu berkahwin, berseronok, beranak, tapi anak itu dibiarkan tidak terjaga, dengan alasan masalah kewangan.

Ini jugalah yang sebenarnya sedang berlaku dalam realiti kehidupan di sekeliling kita. Lihat bagaimana bayi-bayi yang masih bersalut darah merah, berlendir-lendir dengan tali pusat panjang terburai, di buang begitu sahaja di dalam tong-tong sampah, ditinggalkan di masjid-masjid, dicampakkan ke dalam semak-semak tanpa ada rasa secalit simpati pun.

Ini semua menunjukkan bahawa masyarakat kita sedang dalam proses penyalinan kulit dan wajah. Dari wajah kemanusian kepada kebinatangan. Atau sebenarnya haiwan-haiwan juga tidak sezalim dan sebuta hati seperti masyarakat kita. Haiwan-haiwan yang melahirkan anak hasil dari hubungan kelamin samada secara rela atau paksa, juga tidak tergamak membuang anak yang baru lahir itu. Mereka, haiwan-haiwan ini, juga mempunyai rasa kasih kepada anak-anak mereka sendiri.

Jadi adalah tidak wajar jika kita letakkan label ‘kebinatangan’ kepada manusia yang sekejam ini. Yang layak bagi mereka adalah keiblisan. Manusia-manusia yang banyak disekeliling kita telah perlahan-lahan bertukar wajah dan kulit dari wajah dan kulit manusia kepada wajah dan kulit iblis. Wajah keiblisan.

Nadiah akhirnya terpaksa mengalah. Anak itu diserahkan semula kepada ibu dan ayah kandungannya dengan perasaan yang tidak rela.

Penulis yang menulis dengan rasa dan hati terhadap sesuatu tulisan, maka perasaan yang cuba disampaikan itu akan mudah diselami pembaca. Saya membaca dan terkesan dengan pengorbanan Nadiah yang akhirnya pengorbanan itu dirampas dengan majuh sekali oleh kakak dan abang iparnya. Nadiah ditinggalkan keseorangan dan dilihat sebagai seorang yang bersalah pula kerana enggan memulangkan anak itu kepada ibu dan ayah kandungnya.

Seorang penulis yang baik, perlu menguasai perbendaharaan kata dengan baik juga. Perlulah memperbanyakkan bahan bacaan untuk menakluki setiap kosa kata yang terdapat dalam bahasa Melayu. Dan saya dapat merasakan penulis Tawajuh Cinta ini seorang yang banyak bahan bacaannya dalam usaha untuk memperkayakan lagi setiap bahasa yang digunakan dalam tulisannya. Lihat beberapa contoh ayat yang saya petik dari dalam buku ini :

“…Radangnya memanjut jeluk hati. Dia sudah tidak betah melihat Bazilah menyakiti diri.” (ms 11)

“Matahari berpucuk di lengkung langit. Biru nila ditebari tompokan awan nipis. Udara kering. Hujan telah sekian lama keputusan khabar, seakan-akan tidak mahu lagi singgah ke bumi.” (ms 41)

“Peluh mengucur ke seluruh tubuh. Melengas. Penghawa dingin kereta yang gagal berfungsi bagai menyalai batinnya yang sedia diasapi amarah.” (ms 95)

“Roman muka pengetua yang merah dek berang masih terakam dalam cembul kepala.”

(ms 95)

Buku Tawajuh Cinta ini merupakan buku pertama bagi penulis. Diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd. Dengan harga RM 12.00 buku ini sesuatu yang tidak merugikan untuk dimiliki.

Selamat membeli dan membaca.

Selamat mengambil manfaat.

Kepada Ju, teruskan menulis untuk buku yang kedua, ketiga, keempat, dan seterusnya.﻿

Sumber: http://melihatbuku.blogspot.com

Ulasan Juwairiah:

-Sebenarnya anak kelahiran Kuala Lumpur. Hospital Bersalin Kuala Lumpur

-Mempunyai cinta? Tentu! Setiap orang pastinya. Cuma cinta itu dipandang dari sudut mana

-Tidak sangka dianggap berkebolehan membuat lawak

-Cerpen Mentari di Hujung Senja terhasil daripada rakaman kisah sebenar seseorang, tetapi dengan olahan dan imaginasi tambahan.

-Tawajuh Cinta tercipta bukan terpengaruh oleh Ayat-ayat Cinta dan seumpamanya. Ia terhasil setelah kebuntuan memikirkan judul sesuai bagi cerpen tersebut, yang kebetulan sedang leka membelek-belek Kamus Dewan. Setelah mendapati bahawa maksud tawajuh itu ialah ‘penumpuan diri (akal, fikiran, perasaan) pd Allah; hati ~ hati yg  dihadapkan kpd Tuhan; bertawajuh memusatkan (menumpukan, mengarahkan)  segenap fikiran dll pd Tuhan’ (Kamus Dewan Edisi Keempat), saya rasa ia sesuai untuk diangkat sebagai judul. Lagi pula, yang difokuskan dalam cerpen itu sendiri adalah penumpuan arah atau kiblat kehidupan kepada Allah, bukanlah cinta manusia. Cinta manusia di dalamnya hanyalah selingan atau ‘hiasan’ serta ‘tempelan’ semata-mata.

Hakikatnya, saya sendiri sudah ‘muak’ dengan judul yang berangkaian dengan perkataan ‘cinta’. Tetapi, dalam sesetengah situasi, kita tidak dapat mengelaknya, mungkin.

Terima kasih, Fandy!

Kuala Lumpur dan Ocehan Seorang Saya
Dua bulan sudah, saya benar-benar mengejar waktu. Saya terpaksa berlari laju untuk menyelaraskan pecutan dengan masa yang kian suntuk. Selama dua bulan itu, kesihatan saya sememangnya tidak terjaga. Terabai. Kata orang, saya semakin kurus (teringat; emak pasti akan berkata, “Bila masa pula kakak gemuk?!”).

Setelah membereskan kesemua kerja yang penting dan perlu segera, saya bercadang mahu menghirup udara sebentar. Mahu mencari nafas yang tersembunyi di sebalik denyut nadi alam. Sekonyong-konyong, saya mendapat panggilan untuk lagi ‘tawaran’ kerja seterusnya. Saya tidak mahu. Benar-benar saya bertegas, keras. Untuk masa ini, sudah terlalu banyak masa, kasih dan sayang orang sekeliling yang saya abaikan. Saya bertekad mahu ‘ganti’ momen-momen berharga tersebut.

Lantaran itu, seorang saya dan sahabat melangkah di tengah-tengah deru dan asap kenderaan yang berkepul-kepul di Puduraya, mahu beli tiket pulang ke kampung. Meski baru sahaja bercuti di sana, hakikatnya bukan begitu bagi saya. Kepulangan saya sebelumnya bukan untuk bersantai dan berbulan madu seperti kawan-kawan yang setiap kali tibanya cuti, pasti berinai merah di jari. Oh, tidak…! (Saya tahu, kalian tidak mahu ditempatkan di kawasan pedalaman Borneo. Saya pula tidak sabar-sabar mahu menaiki bot atau perahu sambil mengira kepala buaya yang terjengul dari dasar sungai!)

Entahlah. Bagi saya, saat-saat bersama-sama keluarga adalah suatu masa indah dan berharga. Selagi belum ada komitmen dan tuntutan lain, wajarlah saya menikmati kesempatan itu sebaiknya.

Sambil berjalan-jalan dengan sepasang kaki kecil anugerah Tuhan, saya gemar sungguh ‘merenung’. Menghayati dan mengamati sesungguhnya suasana dan keadaan di hadapan mata. Saya akan ‘merakam’ sungguh-sungguh apa yang saya lihat sejelasnya, supaya saya dapat menukil semula ‘rakaman perjalanan’ saya di atas kertas.

Saya gemar melihat telatah ‘ulat-ulat tiket’ di sekitar Puduraya, tetapi saya tidak suka diganggui mereka. Saya akan mengangkat telapak tangan tanda tidak mahu andai mereka menghampiri. Mujur saya tidak ‘sekeras’ seorang adik saya dalam menghadapi keletah mereka.

Di Hentian Puduraya itu juga, ada sebuah kedai buku agama yang bukan sahaja menjual buku-buku, tetapi juga rencam kaset, CD, majalah, akhbar dan pelbagai lagi. Di sinilah saya melihat sejak dahulu bahawa kedai ini benar-benar berfungsi sebagai sebuah pusat dakwah di tengah-tengah lautan kedai lain yang begitu berbenturan ‘luar’ dan ‘dalam’. Yang menarik, kedai ini sentiasa memanfaatkan teknologi, dan ia menjadi salah satu daya tarikan kepada pengunjung-pengunjung untuk membanjiri.

Kuala Lumpur begitu gah pada namanya sahaja. Tetapi saya sering meneliti, keadaannya begitu kotor sekalipun di pusat-pusat tumpuan seperti Pasar Seni, Kota Raya dan beberapa tempat berhampiran. Pengemisnya juga ramai tersadai di kaki-kaki lima dengan keadaan diri hitam berdaki, rambut panjang bersimpul-simpul seperti fesyen rambut Predator. Wah, inilah rupa dan ragam bandar raya besar negara ini! (Harapnya saya tidak didakwa atas tuduhan mengkritik negara sendiri).

Kalau menaiki komuter pula, saya sering teruja mahu mengintai penempatan setinggan di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Seringkali kehairanan menerjah fikir; kenapa masih wujud penempatan sebegini? Rasa simpati melihat kawasan tempat tinggal yang sempit dan kotor seumpama itu di tengah-tengah arus kemodenan seperti hari ini.

Sekalipun sudah hampir genap empat tahun tinggal di Kuala Lumpur, kaki saya masih belum menjejak banyak tempat. Saya bukan orangnya ‘kaki berjalan’, meskipun kaki itu kegunaannya untuk berjalan. Kuala Lumpur, bukanlah kota impian saya. Saya tidak pernah berkeinginan dan mengimpikan untuk tinggal di kota ini. Kota idaman saya, nun di pedalaman sana!

Sila lihat: Saya tidak kisah jika orang mengatakan saya sekadar menulis mengikut rasa atau perkara yang ringan-ringan. Bagi saya, jika orang lain sudah menyentuh perkara itu, cukuplah. Setiap orang punya hak bersuara dan memiliki perspektif pandangan berbeza. Saya tahu, tulisan perlulah mampu menghasilkan manfaat buat pembaca, tetapi ‘jenis’ saya tidak suka menyentuh apa yang telah disentuh oleh orang lain. Biarlah dikatakan klise sekalipun, itu hak saya. Klise bagi saya tidak mengapa asalkan tetap mendatangkan suatu ‘nilai’ buat masyarakat.

Setiap apa yang saya tulis, ada sebab dan alasan tersendiri yang mungkin tidak difahami oleh insan-insan lain.

Saya adalah saya, dan saya membawa cara penulisan saya sendiri. Saya bukan Kekanda Faisal Tehrani. Titik.

Sebuah Sore
Sore. Gemilang sinar mentari saat ini menceriakan wajah bumi tentunya. Seringnya, petang-petang begini, di daerah sunyi tetapi hingar, indah tetapi hodoh, bersih tetapi kotor ini, awan mencurahkan air mata ke bumi. Entahkan tangisan duka, atau keharuan ria.

Biarpun awan menangis, saya tidak dapat untuk memberi perhatian. Maafkan saya, awan!  Saya terlalu sibuk. Sibuk yang sengaja ‘dicari’.

Dalam beberapa waktu ini, banyak hal yang begitu menuntut rasa dan masa. Saya terpaksa berkejar ke hulu ke hilir, juga mengurung diri daripada dunia luar. Segala yang wujud di sekitar, saya ketepikan dahulu. Saya terpaksa pejamkan mata buat sementara.

Banyak yang saya miliki, tidak saya uruskan dengan baik, termasuklah teratak maya kesayangan saya ini.

Bagi saudara-saudara yang mengirim e-mel atau komentar di teratak saya ini, telah pun saya baca dalam waktu yang begitu mengekang. Setiap komentar tidak sempat untuk di’approve.’ Juga tidak berbalas! Maafkan saya, saya ‘tidak sengaja’.

Kepada yang sudah mendapatkan ‘buku kecil’ saya ‘Kumpulan Cerpen Tawajuh Cinta’, terima kasih! Terima kasih kerana sudi mengeluarkan wang untuk membeli karya kecil saya itu. Saya sangat menghargai segala usaha anda untuk memilikinya. (Kepada A, Muziru Idham: Maafkan kakak lantaran terlalu lama membiarkannya di ‘sangkar burung’ itu!)

Senja menjengul. Matahari sudah mahu menghulur salam pamitan. Saya tidak mahu ketinggalan, ingin mengejar mimpi di angin waktu yang menderu!

Setalam Hidangan Buruk Rupa
Susuk diri yang ‘kerdil’ itu pastilah bukan Ummu Hani Abu Hassan. Bukan pula Nimoiz TY dan Saifullizan Yahaya. Tentu sekali bukan Nazmi Yaakub atau Lutfi Ishak. Tampang kecil itu tidak lain hanyalah dirinya sendiri.

Dia baru berjinak-jinak dengan dunia penerbitan. Sejak awal lagi, dia tidak begitu yakin dengan karya-karyanya sendiri. Baginya, karya-karya itu masih belum mencapai ‘standard’ impian. Namun, setelah dinasihati berkali-kali – malah dipujuk rayu, tanpa seberkas keyakinan pun menyokong perdu hatinya, dia mengumpulkan karya-karya itu tanpa perasaan. Tanpa sebarang harapan. Dia mengubahsuai apa yang perlu dalam kejaran waktu yang terus menghambatnya, lalu diserahkan kepada seorang ‘pengurus’.

Kurang daripada seminggu, dia mendapat maklum balas daripada Editor Urusan Telaga Biru Sdn. Bhd. (TBSB), Tuan Haji Muhammad Zakaria. TBSB bersetuju menerbitkan karya-karyanya itu dalam bentuk buku, dengan syarat dia menambah beberapa buah karya lagi.

Dia disuntik semangat tiba-tiba. Meski dalam keterbatasan waktu kala itu, dia berusaha memenuhi janjinya. Usai kuliah dan setibanya di rumah, dia terus menghadap komputer ribanya sehari suntuk. Sehingga matanya berpinar-pinar. Otaknya seringkali pula berasa amat letih. Penat. Sedaya mungkin, dia berusaha melawan. Mujurlah dia mendapat sokongan dan bantuan orang-orang di sekelilingnya. Kerjanya terasa dipermudahkan. Dan, pada waktu yang ditetapkan, karya-karya itu berjaya disiapkan. Begitu dia menjejak kembali peristiwa bergelut dengan masa dan kerahan tenaga.

Dalam tempoh menunggu penerbitan karyanya itu, seorang temannya yang juga dari kalangan penulis, mampir memberikan sokongan dan keyakinan. Nama penuh temannya ini panjang, tetapi telah disingkatkan. Orang yang mengenalinya akan memanggilnya dengan gelaran ‘Nik’ sahaja. Begitu dia merasa. Nik begitu ‘mesra rakyat’, tidak pandai menyombong dan gemar berlelucon.

Suatu hari, terjadilah perbualan antara dia dengan Nik. “Saya sebenarnya tidak yakin dengan karya-karya saya tu. Kalau terbit pun, mungkin boleh dianggap sebagai perkongsian ilmu semata. Sesekali fikir, kalau nak tunggu ‘sempurna’, entah bila baru dapat berkongsi ilmu dengan orang lain.”

“Betul tu. Terbit dulu. Nanti tengok apa komen orang, dan baiki untuk akan datang.” Begitu balasnya. Tambahnya lagi, soal sastera dalam karya boleh diperbaiki dari hari ke hari, tidak perlulah dititikberatkan sangat. Yang penting, idea dan ilmu.

Dia kembali berpegang pada tali yakin. Serasa simpulannya teguh. Dan dia berbisik perlahan: “Masih banyak kelemahan yang perlu aku baiki. Tetapi proses ini akan terus berjalan. Sambil terus memperbaiki mutu karya, aku tetap perlu hulurkan sesuatu sebagai santapan berkhasiat buat masyarakat. Mungkin rupa luaran juadah itu tampak hodoh dan kurang menarik, seperti ‘cucur badak’ yang bulat gemuk sahaja barangkali, tetapi inti dan rasanya sedap.” Begitu dia berharap. Baginya, alangkah rugi jika terus menunggu karya disiar di media perdana tanpa mengambil sebarang inisiatif lain supaya karyanya boleh dibaca oleh khalayak. Selama mana karyanya tidak disiarkan (sedang dia punya banyak pilihan medium untuk memaparkan hasil karya), selagi itulah ilmu dan pengetahuan yang seharusnya masyarakat perlu tahu, tidak dapat disampaikan. Dan ini adalah satu kerugian yang nyata. Soal dekorasi bahasa, soal sastera, meskipun penting dan perlu, tetapi padanya, dia tetap harus ke depan terlebih dahulu dengan menatang hidangannya mengikut keupayaan diri. Biarlah dia tidak terlalu mahir membentuk dan menggubah canaiannya, namun sekurang-kurangnya akan ada orang yang kenyang menelannya. Lagi dia berharap.

Justeru, dia ingin menghulur kepada kalian setalam hidangan tanpa dapat memastikan apakah kalian akan sudi menjamahnya apa tidak. Silakan menyantap hidangan ‘Tawajuh Cinta’nya ini. Semoga kenyang sekalipun tidak enak. (^^,)

Menyorot Bahasa Dalam Artikel
Sewaktu menyemak kantung e-mel imtinan_86, aku terjumpa kembali e-mel-e-mel lama yang aku sendiri hampir melupakannya. Antaranya berkenaan maklumat penulisan yang kuperolehi daripada seorang penulis muda yang popular dengan novelnya, Warkah Cinta Berbau Syurga.

E-mel ini berkenaan pertanyaanku kepada beliau tentang ciri-ciri artikel yang baik, serta penggunaan bahasa yang dibolehkan.

Saudara A. Ubaidillah Alias menjawab seperti berikut:

Assalamualaikum wrt. wbt.

Artikel yang baik :

1) Bahasa yang lancar.

2) Mudah difahami.

3) Ringkas tetapi padat.

3) Gaya bahasa berbagai.

Dalam penulisan sesebuah artikel, penulis bebas menggunakan bahasa berbunga-bunga atau ayat yang biasa ataupun konvensional. Yang penting adalah kelancaran bahasa. Pastikan pemilihan bahasa dan kalimah itu memudahkan kefahaman pembaca.

Soal penulis ingin menggunakan banyak bahasa berbunga-bunga, ini bergantung kepada topik atau isu yang diutarakan. Jika berbicara isu perkahwinan dan rumahtangga, apa salahnya menggunakan bahasa berbunga-bunga. Jika membicarakan isu masalah sosial dan pembangunan negara, ada baiknya kurangkan bahasa berbunga.

Jika boleh, biarlah bahasa yang digunakan itu sederhana sahaja. Sederhana dan kena dengan isu yang ingin diutarakan.

Sekalipun begitu, penulis bebas menggunakan apa jua gaya bahasa. Kerana itu akan melambangkan identitinya. Namun, apa yang paling baik ialah menyeimbangkan bahasa esei dengan pelbagai metafora. Barulah pembaca tidak mudah cuak.

Sekian, wassalam

Lihat: E-mel bertarikh 31 Januari 2007