Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for April 2007

Tarian Rasa

Titik-titik hujan

Yang jatuh menimpa atap

Pada petang yang merangkak

Berengsot ke kamar senja

Rasa itu bertandang lagi

Sejak sekian hari

Mencuit perdu hati

Dan terus menari-nari.

Hujan sudah berhenti

Petang kian sepi

Tanpa kicau burung dan nyanyian unggas

Tapi rasa itu tetap menari

Dan terus ligat menari

Tanpa henti

Di aspal hati.

9 April 2007,
6.32 petang,
Kuala Nerang,
Kedah.

Read Full Post »

Di Dewan Peperiksaan

Dalam sejuk penghawa dingin

Ditambah ketar gigil

Akal ligat berfikir

Mencerna soalan demi soalan

Di atas lembar kertas

Penentu takah kecemerlangan

Yang bakal diraih.


6 April 2007,
Auditorium Fakulti Pendidikan,

Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Read Full Post »

Round Marble Cake

Sebiji kek bulat
Dua warna; kuning berselang coklat
Tampak indah
Harum aroma memikat rasa.

Kek pemberian seseorang
Tanda menghargai jasa, katanya
Meskipun tiada budi yang tercurah
Kecuali setitis cuma.

Kerana sebiji kek
Buat santapan waktu pagi dan petang
Masa senggang dan lapang
Perutku kenyang
Hatiku senang.

1 April 2007,
9.15 pagi,
UMKL.

Read Full Post »

Perasaan

Perasaan
Satu kurniaan
Andai dibiar berkuasa
Bermaharajalela
Punah diri
Binasa akal.

Perasaan itu
Biar ditahan
Dikekang
Disalut sabar
Ditatah iman
Suci hati
Murni nurani.

30 Mac 2007,
11.54 p.m.
UMKL

Read Full Post »

Marcapada

Badai material melanda jiwa
Angin dengki bermaharajalela
Taufan ‘keakuan’ membantai sukma
Manusia terkapai-kapai kelemasan
Dalam lautan fana’
Terumbang ambing ditelan kejahilan dan kealpaan.

Nafsu mengakari tanah kalbu
Berpucuk berahi si teruna dara
Menodai keturunan suci Adam
Tanpa kekangan
Tanpa secalit iman.

Kehausan mencari hiburan
Membentuk wadi-wadi hedonisme
Mereka terpana
Pantas meneguk dingin fantasi dan khayal mimpi
Tanpa sedar realiti
Disamari kerlipan indah fatamorgana.

Si cerdik bestari
Mengejar ilmu tanpa henti
Agar otot-otot mereka bisa pejal
Menjadi tangan-tangan gergasi
Yang mendominasi urusan duniawi.

Para ulama
Ditaburi aroma bunga dan renjisan minyak wangi
Agar mereka bisa menutupi
Pintu-pintu hakikat Deen Islami
Lalu rentunglah masyarakat
Dalam bara kejahilan yang terus bernyala
Tanpa sejuring keimanan memandu nurani
Tanpa secalit keinsafan berputik di hati.

Hasil nukilan,
imtinan

Read Full Post »