Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mei 2007

PUTRAJAYA, 30 Mei 2007- Mahkamah Persekutuan pada hari ini telah memutuskan kes Kes Azlina Jailani pada pagi tadi jam 10:30 pagi di Putrajaya. Penghakiman disampaikan oleh Tun Fairuz, Dato’ Richard Malanjum dan Dato’ Allaudin.

Berikut ini penghakiman yang telah dijalankan sebentar tadi:

Hakim Tun Fairus:

Mahkamah Syariah ada kuasa tentukan sama ada seseorang boleh murtad atau tidak.Mahkamah boleh kenakan syarat untuk murtad. Tun Fairus menyimpulkan bahawa artikel 11 tidak membenarkan Azlina Jailani untuk menukar agama sesuka hati. Azlina Jailani hanya boleh murtad mengikut undang-undang Syariah.

Tun Fairus menolak permohonan Azlina Jailani.

Hakim Datuk Richard Malanjun:

Perlembagaan Persekutuan adalah supreme. Permohonan untuk menukar status agama kepada Mahkamah Syariah adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Richard mengambil pandangan untuk tidak bersetuju dengan pandangan Tun Fairus.

Hakim Datuk Alauddin:

Bersetuju terhadap alasan yang dikemukakan oleh Hakim Tun Fairus

Keputusan Penuh Penghakiman:

Mahkamah Persekutuan dengan majoriti 2:1 menolak rayuan Azlina Jailani (Lina Joy) untuk menukar status agama di dalam kad pengenalannya dan mengisytiharkan bahawa orang Islam tidak boleh murtad di bawah artikel 11 Perlembagaan kecuali dengan kebenaran Mahkamah Syariah.

Advertisements

Read Full Post »

Temanku…
Aku tahu, kala ini kita belum mempunyai pertalian yang sah. Maka, warkah ini kukirimkan kepadamu di angin lalu. Kita berbicara dengan kalam sepi melalui rasa hati.

Temanku…
Warkah ini kuutus kerana aku tidak tertahan lagi menanggung rindu terhadapmu. Aku tahu, kerinduan ini juga adalah kerinduan yang palsu. Lantaran itu, aku tidak akan sesekali mengungkapkannya secara terus kepadamu selagi kita belum ‘disatukan.’ Aku sebenarnya malu pada diriku saat aku mengarang bait-bait kata ini. Tapi fahamilah, temanku… Aku sekadar mahu melepaskan ombak rindu yang menghempas sekeping hatiku saban waktu. Aku mengerti, kau juga turut merasakan apa yang aku rasa. Namun, kau tetap menyembunyikan rasa hatimu terhadapku. Demi Dia yang lebih dicintai.

Temanku sayang…
Tidak aku nafikan, dalam detik-detik waktu yang berlalu, wajahmu sering muncul dalam hidupku. Bukan itu pintaku. Aku sedih kerana tertumpas oleh godaan syaitan. Bertambah sedih seandainya kau alpa disebabkan aku. Lantaran itu, tingkatkanlah mujahadahmu. Meski mujahadah itu perit, temanku, namun hikmah yang tersirat tak terperi manisnya.

Temanku yang kukasihi…
Bersabarlah untuk sedetik waktu lagi. Bermujahadahlah menahan rasa rindumu terhadapku. Masa itu akan kian pantas berlalu andai banyak waktu diperuntukkan untuk bermadu asmara dengan-Nya, Sang Kekasih Tercinta… Salurkan semua rasa cinta dan rindu dendammu hanya bila saat indah itu menjelma. Kala mahligai Muslim indah terbina bertiangkan Cinta-Nya, megah bernaung berbumbungkan Redha-Nya.

Temanku yang kurindu…
Mengertilah bicara rindu hatiku. Meski aku rindu padamu, tetapi aku lebih rindu kepada Sang Pencipta yang mencipta rasa rinduku ini. Aku berhajat hidup di sampingmu berlandaskan cinta suci yang terpelihara di atas landasan Syariat. Berdoalah semoga kita dapat bertemu kelak. Jika tidak di dunia, nun di Syurga sana…

Aku yang merinduimu

Sumber: dari laman web

Oleh: Mariah Qibtiyyah

Read Full Post »

Oleh T.M.S.

1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sumber: Tranungkite Online

Read Full Post »

Oleh benmoktar

“Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini.

Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius – genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa'” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”.

Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM :
2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

PANTANG :
Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblatii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)iii)Baca doa penerang hatiiv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malamii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis – manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN :
Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak – kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Sumber: Tranungkite Online

Read Full Post »