Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Ogos 2007

Petua Memilih Gadis Jelita

Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah.
( Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)

Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan ‘gadis’ juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada gadis’ atau ‘sudah tiada dara’. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil ‘bergetah’ jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang ‘boleh tahan’ dan ada gadis yang ‘tak boleh tahan’. Gadis yang ‘boleh tahan’ biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang ‘tak boleh tahan’ pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis ‘tak boleh tahan’ ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim.
– Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda.

Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenamya jodoh hati ialah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenamya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa ‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. ( Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik darl cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbubapa

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredamya zaman perlu mengambilkira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Servia

Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

Bertunang Jangan Lama

Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan tali

Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

Elakkan Dari Terlalu Cemburu

Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

Layan Dia Dengan Baik

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidatan Tamil

Bertanggungjawab

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

Sumber: adeeb’s weblog

Advertisements

Read Full Post »

LIRIK LAGU

lagu ini diambil daripada
http://www.danchan.com/cgi-bin/redirect.pl?url=http://jongkang.blogspot.com/

Bukan Orang Biasa
( nyanyi ikut tune lagu Bukan Cinta Biasa – Siti Nurhaliza )

Begitu banyak lebuhraya
Ada retak dan tak rata
Tapi Menteri Kerja Raya
Bukanlah orang biasa

Projek projek yang berbeza
beri kontraktor yang sama
Ku tak ingin rakyat tahu
Tetapi mereka selalu bertanya

Diriku bukan orang biasa
Diriku Menteri Kerja Raya
Tak perlu dipaksa
Tak perlu ditanya
kerna ku yakin tiada jawabnya oohh…

Walau ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang tercedera
Tapi biarlah terkorban nyawa
Akan aku salahkan takdir nya

MRR2 keretakan
Pantai Timur tak rata
Utara Selatan runtuh
Hospital diserang kulat pula

Diriku bukan orang biasa
Diriku Menteri yang lama
Tak ingin berhenti
Tak ingin berganti
Peduli apa orang nak kata

Andai ku mahu repair semua
Ku beri kontraktor yang sama
Highway kan runtuh telah diduga
Jangan harap ku letak ..jawatann ….

Sumber: Adeeb’s weblog

Read Full Post »

Dr Ilmal Online

Assalammualikum……

Sebelum saya membicarakan bab pada siapa patut letak
cinta ini saya ingin mengambil kesempatan merakamkan
rasa dukacita tentang pemahaman bab “penderitaan
mengundang bahagia”.

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta.
Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau
jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak
ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada
mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang
masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang
yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta
yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga
dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana
cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh
disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh
terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua
sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati
kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat.
Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila
puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang
dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah
yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang
dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam
meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh
cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang
mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan
itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan
nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan
nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga
wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome
bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang
disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan
harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan
hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang
dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu
semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang
punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah
babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat
menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan,
berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling
rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam
ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak
jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah
tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah
yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut.
Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk
membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon
untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula
rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada
perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang
perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta
hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada
lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang
melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami
disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami
melayang.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya
hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang
banyak melanda orang muda yang dilambung asmara.
Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri,
kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya
sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat
ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang
paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina
rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan
cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan
manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila
isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh,
rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti
opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan
beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus
hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang
perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata
suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami
boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan
nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya
suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau
suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang
cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang
rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi
melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci.
Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka,
kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan
isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami.
Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan
ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk
rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah
membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh
merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan
manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam
hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta
yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut
pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta
diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini
tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan
kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta
pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan
dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara
murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan
sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan
Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan
Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang
tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan
memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa
saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta
mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi.
Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku
walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati
rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang
dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu
senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri
untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu
seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan
sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat
perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti,
hari di amana masing-masing orang mengharap sangat
lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan
letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan
melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami
tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada
suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta
isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu
contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana
cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari
ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin
putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap
memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri
itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri
taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia
ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan
tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling
cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu
isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai
oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana
Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah
lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw
akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu
selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah
berlaku semasa baginda satu selimut dengan
isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan
Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku
pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada
makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang
isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang
isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup
aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka
kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk
laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka
ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan
sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya
kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada
Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi
bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang
cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil,
apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah
dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil
dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap
Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta
nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup
hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi
Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf
hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf
masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu
cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha
menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik
menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana
banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis
dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah
belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah
mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah
Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan
kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya,
bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada
Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat
dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga
terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf
yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu
Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir
hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju
Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah
menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu
dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah.
Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak
cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu
di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup
kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau
wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya,
tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana
cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi
mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan
rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu
datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja
yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu
semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan
kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan
kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan
makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah
boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati
orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian
diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat,
gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat
pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya
nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita
terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah,
nescaya kamu tak terhitung.”

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan,
menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah
dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui
kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita
kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa
untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi.
Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan
kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu
pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak
yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu
pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah
sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu
masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan
kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta
pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan,
aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu.
tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka
kalau itulah kemahuan-Mu.”

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul
Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan
dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila
cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada
tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun
cintamu pada manusia nescaya dia akan
merobek-robekkannya. tapi kalau hati yang pecah itu
diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya.
Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah
tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di
akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan
kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan
barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya.
Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan
di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita
pada Allah swt yang patut kita letakkan.

Wassalam.

Perkongsian daripada e-mel

Read Full Post »


Jalan Panjang Mencipta Nama

SAYA amat yakin untuk menjadi seorang penulis sama ada penulis kreatif dalam gerne novel, cerpen, atau non-kreatif memerlukan disiplin yang kuat. Maksud disiplin ialah kemahuan menulis dalam waktu yang tidak menentu tanpa disuruh atau didesak oleh pihak lain. Oleh sebab saya termasuk dalam golongan penulis yang tidak mempunyai disiplin secara khusus dalam semua perkara maka saya sehingga hari ini menjadi penulis yang sering “tangkap muat” dan ini menjadikan tulisan saya tidak kuat.

Hal ini seperti menjadi identiti saya pula, kerana sekiranya ada orang yang benar-benar mengikuti perkembangan awal saya menulis mereka pasti akan dapat menelah bahawa itulah karangan saya walaupun tidak dicatat nama penulis. Penelaah sastera yang saya dapat kesan ialah Dr. Othman Puteh yang dapat memastikan dalam ratusan karya yang dibaca, bahawa salah satu ialah tulisan saya. Mereka akan dapat mengenal pasti cara saya menamatkan cerita dalam keadaan gopoh, terburu-buru hendak sudah. Editor pula, tanpa melihat nama saya juga dapat mengenal pasti tulisan saya berdasarkan skrip yang kotor dan tidak bersih.

Kerana itu pada peringkat awal saya menulis Allahyarham Zakry Abadi, pengelola sastera Warta Mingguan dan Utusan Zaman yang mengulas perkembangan penulis utara dalam buku Cenderamata Penulis Kedah terbitan Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Kedah pada 30 September 1996 menganggap saya penulis pengotor dan tidak berdisiplin dan malas menjaga kebersihan. Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dato’ Hj. Shahnon Ahmad sering menegur saya dalam ceramah bahawa saya penulis yang gopoh dan mahu cepat sudah. Misalnya dalam memperkatakan novel Seorang Tua di Kaki Gunung (Hadiah Kedua Sayembara Novel Yayasan GAPENA/Sabah II 1981; DBP tahun 1982) beliau berkata jika saya berhati-hati, tidak ada keinginan hendak cepat sudah, novel itu boleh menjadi novel yang lebih baik terutamanya dalam membuat perbandingan nilai kota dengan nilai tradisi.

“Hang ni kalut. Buatlah satu-satu,” kata beliau dalam satu majlis lain apabila melihat saya menulis dalam semua genre.

Ketika menulis novel saya seperti berada di satu trek ribuan meter yang perlu saya berlari cepat untuk sampai. Maka kerana itu apabila menulis jarang saya berhenti kalau belum sampai tiga jam, terutamanya waktu malam. Selepas balik mengajar, hingga petang saya menghadap mesin taip jika saya mula menulis sesuatu. Saya jarang membuat draf atau merancang nama watak atau membuat gambaran awal tentang seting. Kalau ada pun saya membuat draf, draf itu tidak terpakai.

Pada peringkat permulaan menulis saya menggunakan mesin taip adik ipar abang saya yang tinggal di Permatang Tinggi Kepala Batas (kini Dato’, Pesuruhjaya Kehakiman Pulau Pinang), kemudian meminjam pula mesin taip Remington kepunyaan sepupu saya, Muslim Osman, seorang bekas askar.

Bekerja sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang Kedah, saya mempunyai banyak masa. Saya tinggal di berek polis yang sudah buruk bersama dua orang kawan. Dengan hanya duduk bersila, saya mengetuk mesin taip sampai lewat malam. Oleh sebab berek itu tidak digunakan lagi, saya bebas masuk ke ruang mana pun untuk mengelak daripada bunyi mesin taip mengganggu kawan-kawan. Kerana berek itu berek lama, lampu elektrik tidak ada saya hanya menggunakan dua pelita minyak tanah.Yang seronoknya di depan berek saya tinggal, rumah Penghulu. Ada seorang gadis (cucu Penghulu) sering mengintai saya menaip.

Tidak ada proses dan perancangan plot. Yang bermula hingga akhir atau permulaannya begini, di tengahnya begini, di akhirnya begini. Begitu juga soal tema, perwatakan. Saya akan menaip apabila terasa hendak menaip dan kadang-kadang memaksa diri pula. Saya akan tulis apa-apa yang terfikir waktu itu. Adakah saya ini seperti Aldous Huxley, seperti yang ditulis oleh Shahnon Ahmad dalam Dewan Sastera Disember 1975?

Hahhh! Takkan saya perasaan sampai begitu. Siapalah saya.

Kerana najis kena angkut sendiri disebabkan tandas tidak berfungsi, saya pindah ke rumah sewa lain. Jiran saya Encik Wahid, “penulis surat” yang sangat kuat membaca. Dia tahu saya seorang penulis. Daripadanya kami berbual tentang novel. Dia membaca novel-novel Inggeris seperti Sherlock Holmes. Di sebelah lagi ada pula jiran yang mempunyai dua orang anak gadis. Dari celah-celah pokok kopi saya nampak melalui tingkap dapur mereka turun naik. Mandi di Sungai Selama pun kadang-kadang sama waktu.

Apabila malam saya mula menulis untuk menunjuk-nunjuk kepada dua orang gadis di sebelah rumah sewa saya. Ketika itu tidak ada meja, tidak ada kerusi. Saya cuma menulis di atas pelenggar iaitu duduk di atas anak tangga kedua dan mesin taip di atas bangku papan. Kiri kanan pelita minyak tanah.

Saya tidak menumpukan sepenuhnya kepada novel. Apabila jemu, saya beralih pula kepada cerpen atau rencana.

Saya sebenarnya tidak banyak membaca. Novel karya Dr. Hamka kebanyakannya dibeli oleh bapa dan kemudiannya saya ambil. Melalui pembacaan yang terhad itu, apabila saya menemukan bahasa dan kata-kata yang sedap, saya garis atau menandanya. Semua itu membantu saya dalam menulis novel atau cerpen. Dalam proses menulis novel Garis Lentang Anak Haram, majalah agama yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Singapura, yang dibeli oleh bapa saya menjadi rujukan penting. Di dalamnya termuat tulisan tentang agama Kristian di samping buku Agama Terbesar di Dunia.

Apabila berpeluang membeli sebuah mesin taip Oliveti, saya semakin bersemangat menulis. Bayangkan kalau dakwat ribbon taip habis, saya gunakan carbon copy. Saya jadikan menulis ini kerja wajib. Saya lekatkan di dinding rumah kata-kata “Apa yang aku tulis hari ini?” Ini adalah semata-mata untuk memperingati saya sendiri kalau-kalau saya terlalai.

Tidak seperti cerpen, proses menulis novel sangat membosankan kerana panjang dan tidak dapat dihabiskan dalam satu malam. Kalau cerpen saya pernah menulis tiga cerpen satu malam bermula dari jam sembilan hingga tiga pagi.

Proses menulis selalunya bermula daripada rasa tidak puas hati, meluat dan ingin mengkritik. Saya tidak suka memberi pandangan. Hasil daripada pembacaan, pendengaran atau pengelihatan yang menyentuh perasaan, ia akan bergelodak dan saya bawa ke mana-mana dan apabila malam saya akan menghadap mesin taip.

Ketika mula mengetuk mesin taiplah saya baru mula mencari keperihalan watak, mencari seting. Manakala plot, mesej, tema, dan teori saya tidak peduli malah saya tidak tahu langsung. Yang menggerakan saya menulis hanyalah rasa tidak puas hati, meradang, dan meluat.

Saya sediakan sebotol Livita dan minum selepas maghrib. Sejam kemudian saya terasa riang dan cergas. Kepala lapang-ringan, dan tidak pun terasa mengantuk. Rokok? Sememangnya rokok jadi teman. Pada peringkat ini saya masih jahil dengan penginapan di hotel, lagi pun wang tidak ada.

Apabila sudah berkahwin, isteri saya sudah pun memahami tabiat saya kerana sebelum kahwin dia tahu saya seorang penulis. Kepadanya saya berkata, “isteri aku yang pertama ialah mesin taip.”

Kerana memahami itu agaknya isteri saya tidak pernah terganggu apabila saya sedang menaip, atau lewat tidur atau keluar rumah tanpa memberitahu sampai sehari dua. Malah sampai bertanya hendak minum apa pun tidak berani. Buku-buku yang berselerak di atas meja juga tidak berani disentuh. Dia akan membuat kopi apabila saya berkata, “Buat kopi O suam-suam!”

Tabiat tidak boleh diganggu ini sangat buruk rupanya. Satu ketika ketika saya sedang menulis, anak saya Anita yang berusia 5 tahun datang mengusap-usap manja di muka saya sambil memanggil pak, pak, pak. Saya melarangnya dua tiga kali dengan lembut tapi anak saya tidak peduli. Akhirnya saya naik bengang dan menempiknya dengan kuat.
Ya Allah! Anak saya terkencing kerana terkejut.

Apabila tengah malam saya merenung wajahnya. Saya menangis seorang diri. Ini satu perasaan yang aneh saya rasa. Kesan rasa kasihan itulah saya jadikan asas dalam penciptaan kreatif kalau yang bersifat kasih sayang.

Pernah pula suatu ketika saya sedang menaip tapi dalam waktu yang sama isteri saya meminta saya menghayun buaian kerana dia hendak ke kedai. Tengah sedap menaip, anak saya terjaga dan merengek. Oleh sebab rengekannya tidak berhenti, saya naik geram lalu saya menghayunkan buaian itu tinggi-tinggi dan menempik menyeruhnya diam.
Anak saya “terslop” (terhenti menangis tiba-tiba) kerana terkejut dan akhirnya diserang penyakit terkejut (sawan) menangis di tengah malam. Saya terpaksa mencari sirih penawar. Mujurlah lega.

Begitu saya berasa bahawa dunia penulisan cerpen/novel adalah dunia milik saya dan saya merasa bangga, seronok. Tapi sayang kerana saya tidak banyak ilmu, tidak kuat disiplin dan tidak pula dapat menguasai bahasa Inggeris, dan Arab, maka jadilah saya penulis yang tidak sampai ke tahap yang tinggi.

Sehingga sampai ke awal tahun 1970-an saya benar-benar menulis dengan proses yang tidak menentu walaupun sekali-sekala saya didedahkan pada kursus. Tujuan menulis masih tidak nyata kecuali saya ingin menjadi seperti Shahnon Ahmad, A. Samad Said, dan Abdullah Hussain.

Apabila lewat tahun 1970-an saya membuka mata dan kerana wang poket ada sedikit, mulalah saya jadikan hotel sebagai tempat menulis. Bukan apa, selain tidak ada siapa yang mengganggu, saya berasa perlu menaip sehingga selesai kerana kesuntukan masa dan ingin sekali mengambil balik wang yang saya bayar kepada hotel dan tentunya bayaran itu honorarium cerpen. Sebab-sebab yang lain ialah kerana saya bebas keluar berpeleseeran apabila jemu atau terasa lesu. Pengunjung hotel adalah satu-satunya bahan atau idea perwatakan ketika menulis. Kemudiannya buku-buku sastera mula saya beli di samping buku agama dan falsafah. Saya mula kenal siapa dia Motenggo Boesji dan Pramoedya. Mukhtar Lubis cuma satu bukunya saya beli itu pun tidak habis baca. Gaya bahasanya tidak langsung memikat.

Sebenarnya saya tidak berapa gemar menulis novel kerana lambat sudah. Di samping sukar mewujudkan plot yang panjang, saya sukar mengawal watak yang banyak. Tapi apabila bertemu sekali sekala dengan Dato’ Shahnon Ahmad yang saya anggap sebagai guru saya, Shahnon selalu berkata; “Takkan nak tulis cerpen saja. Tulislah novel sama”. Akhirnya saya dapat menghasilkan 27 buah novel hingga kini.

Dipetik daripada blog Azizi Haji Abdullah

Read Full Post »