Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Oktober 2007

JAKARTA: Seorang wanita Indonesia menghasilkan satu alternatif kepada anak patung Barbie dinamakan Salma yang menepati ciri-ciri Islam untuk pasaran penduduk Muslim.

Salma bermaksud ‘damai’ dalam bahasa Arab dan menampil pelbagai imej menerusi pakaian daripada tudung ‘abaya’ kepada pakaian solat.

Semua pakaian Salma bertangan panjang dan labuh ke tumit serta bertudung kepala.

Penciptanya adalah seorang ahli perniagaan, Sukmawati Suryaman, yang memberitahu dia mendapat inspirasi mencipta anak patung itu tahun lalu selepas melihat anak saudaranya bermain Barbie.

“Saya terus teringat pada masa itu bahawa alangkah baiknya jika kami ada anak patung bercirikan Muslim seperti itu kerana semua orang tahu kanak-kanak suka meniru gaya anak patung mereka,” katanya.

Indonesia adalah negara Islam terbesar dunia dengan 85 peratus daripada 226 juta penduduknya adalah Muslim dan kebanyakannya berhaluan sederhana.

Ramai wanitanya turut menutup kepala menjadikan gaya pakaian anak patung Salma ala konservatif memudahkan kanak-kanak mengenalinya berbanding gaya umpama bintang pop patung Barbie atau Bratz, kata Reuters.

Sukmawati yang mempelajari bidang kejuruteraan, mengendalikan perniagaannya dari rumah.

Dia mengimport patung plastik dari China dan mereka cipta serta menjahit pakaian serta aksesori Salma dengan bantuan dua jirannya.

Anak patung itu dimasukkan dalam bungkusan dan dijual menerusi pemborong atau melalui laman web di alamat http://www.bonekasalma.com, lapor agensi berita itu.

Di laman web berkenaan, Salma diberi gelaran anak ‘patung Muslim Barbie.’

Sukmawati menjual kira-kira 200 anak patung itu sebulan dan kebiasaannya ia meningkat menjelang sambutan Aildifitri kerana ramai yang suka bertukar-tukar hadiah.

Dia juga merancang mengeksport patung itu ke Malaysia dan Brunei kerana percaya akan mendapat sambutan menggalakkan.

“Saya rasa Salma boleh menjadi contoh dan pilihan baru. Patung Barbie memakai pakaian yang terlalu ringkas manakala Salma lebih sederhana dan memakai tudung,” kata Tina, seorang wanita yang ditemui ketika membeli patung itu untuk anaknya. – Reuters

Petikan dari Berita Harian Online

Advertisements

Read Full Post »

Teknik surah Yusof (teknik cerita indah)

Keindahan cerita Nabi Yusof, menagapa?

BAHAGIAN 1: CERITA
Antara guidelines nya:

1) cerita benar

2) tentang seorang lelaki- sebagai watak utama

3) cerita dari kecil- dewasa

4) hero- watak yang ideal
– tidak boleh bagi kemenangan pada watak jahat, walaupun
bermula dengan watak nakal, at the end jadi baik disebabkan
sesuatu peristiwa yg sedarkan mereka.

5) watak baik sedikit – e.g: Nabi Yusof, Nabi Bunyamin,Nabi Yaakob
etc.
Watak jahat, ramai – e.g: abang2 Nabi Yusof, Zulaikha, suami
Zulaikha etc.

6) cerita tentang sekeluarga- watak utama mesti ada asal usul, tak
boleh hidupkan watak nya tanpa keluarga… tiba2 hidupkan watak utama
tanpa ceritakan asal usul kuarganya.

7) jumlah watak yang banyak- e.g dalam surah Yusof ada 20 watak.

8) mesti ada konflik
e.g: Nabi Yusof berkonflik dgn 5 watak- abg2nya,
Zulaikha, suami Zulaikha, rakan sepenjara, pedagang yg jual nabi Yusof.

– dalam citer Nabi Yusof, Nabi sentiasa rujuk ayahnya
Nabi yaakob bila ada konflik, cthnya bila dia mimpi pasal
bintang,bulan dan matahari sujud pada dia.
-so, dalam cerita yg indah, watak mesti rujuk pd keluarga
bila ada masalah, bukan pada kawan2- ini watak yg ideal dan
cerita yg islamik, sentiasa rujuk dgn keluarga.

9) ada 3 mimpi dlm surah Yusof : mimpi Yusof, mimpi rakan sepenjara.
Mimpi Raja mesir.

10) watak jahat tak dihukum, tapi insaf sendiri- berdasarkan
peristiwa yg menyedarkan dia. (so, pengajarannya Allah Maha Pengampun, walau
berdosa macamana pun pintu taubat sentiasa terbuka)

BAHAGIAN 2: BAHASA

1) apa yg tak boleh ditulis:
1. huraian tentang tubuh badan watak- cth dalam surah
Yusof, tak digambarkan tentang tubuh badan Yusof dan Zulaikha. Nabi Yusof
dicerita sebagai lelaki yg hensem tapi tak diceritak tentang details
warna kulit, hidung, mata etc.

2. pakaian- tak ada keterangan pada pakaian.

3. romance atau asmara- cinta boleh ditulis tapi tak
boleh tulis pasal asmara, tak leh ada babak2 yg go against syariah
compliance e.g: dating, peganag tangan, sentuh2 etc. even masa babak Zulaikha
goda nabi Yusof, cuma diceritakan Zulaikha tarik baju Nabi, tapi tak
bersentuh kulit.

2) ayat yang digunakan :
1. ayat naratif – ayat keterangan. Kurangkan ayat
keterangan. Dlm surah yusof hanya ade lebih kurang 10 ayat keterangan

2. ayat dialog – banyakkan ayat ini. Dalam surah Yusof,
ada 86 ayat dialog dan semua watak jahat digambarkan dengan dialog.
Cthnya: gambaran tentang watak jahat Zulaikha dlm dialog mengumpat
dikalangan isteri2 para pembesar… sila rujuk surah tersebut utk
kefahaman yg lebih jelas.

3) ayat2 yang tidak ada dlm surah yusof:
1. ttg alam semulajadi
– beri kebebasan pada pembaca utk imaginasi sendiri
– penulis bebas bawa watak ke mana saja walapun ke tempat
yg dia takpenah pegi.

2. tak ada tentang physical setting
– takda gambaran ttg istana raja mesir, tak diceritakan
tentang keluasan telaga tempat nabi Yusof dibuang.

4) susunan episod:
– dlm surah Nabi yusof, ada 60 episod
– episod disusun mengikut chronology atau susunan natural
dan tak ada flash back.

-Perkongsian daripada e-mel

Read Full Post »