Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Disember 2009

Sewaktu menyemak kantung e-mel imtinan_86, aku terjumpa kembali e-mel-e-mel lama yang aku sendiri hampir melupakannya. Antaranya berkenaan maklumat penulisan yang kuperolehi daripada seorang penulis muda yang popular dengan novelnya, Warkah Cinta Berbau Syurga. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

Pengalaman PRK 2006

Sila lihat: Entri ini merupakan perkongsian saya dengan seorang teman berkenaan pengalaman Pilihan Raya Kampus semasa berada di tahun satu Universiti Malaya. Sudah 3 tahun berlalu.


Ya? Pengalaman PRK? Hmm… Seperti yang pernah ana katakan, ia sememangnya sebuah pengalaman pahit, tetapi tetap manis untuk dikenang. Masakan tidak? Buat pertama kalinya ditahan dan ditangkap dalam seumur hidup. Semestinya ia satu sejarah yang tak terlupakan!

Begini… Biar ana ceritakan daripada mula. Ketika menulis ini, ana kembali merujuk diari bertarikh 18 September 2006. Hari penamaan calon. Peristiwa tersebut berlaku begini…

17 September 2006, hari Ahad malam, ana menerima SMS daripada seorang sahabat yang meminta ana ke biliknya. Ada tugas, katanya. Lalu, sekitar pukul 11.00 malam, ana pergi ke bilik sahabat tersebut. Di dalam biliknya, ada 3 orang yang sememangnya ana kenal. Termasuk sahabat ana tadi, dan ditambah pula dengan kehadiran ana menjadikan jumlah kami di dalam bilik itu seramai 5 orang.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Sila lihat: Entri ini merupakan perkongsian saya dengan seorang teman berkenaan cara-cara memperbanyakkan perbendaharaan kata. Semoga mendapat manfaat daripada surat ini.

Assalamualaikum.

Mahu tahu perkataan-perkataan yang terdapat di dalam kamus? Ayuh telusuri penjelasan saya ini! Begini. Sebelum saya memulakan langkah, suka sangat saya untuk berkisah. Dulu saya juga kekurangan ‘vocab’ atau perkataan-perkataan untuk digunakan dalam penulisan. Sekarang pun bukanlah menguasai sangat, tetapi bertambah sedikitlah jika dibandingkan dengan dulu. Apa pun kita kena berusaha untuk menambah. Bagaimana ya? Sedikit pengalaman untuk dikongsi.

Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Sepatah-sepatah lama-lama menjadi ayat. Sebaris-sebaris kian menjadi perenggan. Sehelai-sehelai akhirnya menjadi buku. Bagaimana, jelas? Tentu belum. Saja. Suka membuat ‘intro’. Iya, saya mulakan, insya-Allah. Sabar. Ada banyak cara untuk mengetahui dan menggunakan perkataan-perkataaan di dalam kamus.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Masih jelas di ingatan bagaimana tiga hari sebelum ke Sri Damansara baru-baru ini, iaitu tanggal 11, 12 dan 13 Disember 2009, sambil ‘mengheret’ seorang adikku, kami berjaya tiba di sebuah kem di Hulu Langat, diberi nama Kem Impian Rimba Resort. Kedengaran pelbagai irama alunan alam menyambut kami – air sungai yang mengalir, decit sang beburung dan dedaunan berkesiuran. Subhanalllah, indahnya! Rasa tenang menyelinap di perdu hati. Sudah lama tidak ‘bercuti’ begini.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Terima kasih kepada sepupuku Awie yang menyanyikan lagu ini di bumi Kinanah.

Read Full Post »

Dihanyut Arus Fesyen

Rasa malas-malas, sakit kepala dan lenguh sendi. Sambil bersandar pada dinding di bangku kayu panjang itu, aku dan adik liar memerhatikan orang yang lalu lalang. Seorang mak cik sambil memaut lengan anak terunanya (mungkin) menyarung blaus dengan seluar jeans, tiba-tiba melintas di hadapan kami.

“Wah, ruggednya mak cik tu!’ Spontan ayat itu meluncur keluar dari mulut adikku tanpa penapis.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Malam-malam begini – sunyi, yang terdengar hanyalah suara angin berkesiuran, dingin dan mendakap kujur tubuh, aku membelek-belek kantung e-mel.

Sekonyong-konyong, aku ketemu deretan e-mel yang suatu ketika kerap memenuhi peti masuk (inbox). Namun kini, setelah meluahkan segala ilmu dan pengetahuan yang dimilikinya (si pengirim), dia lebih banyak menyepi. Hanya sesekali menghadirkan diri bertanyakan khabar. Aku masih ingat kata-katanya; kita tidak berhubung bukan bererti tali persahabatan (malah persaudaraan) ini terputus. Tidak sekali-kali. Ya, memang benar. Aku sentiasa menggenggam kata-katanya. Aku sangat percaya itu.

Aku juga tahu, dia sering mengikuti perkembangan ‘kami’ dalam diam. Justeru, aku berharap, dia tidak akan memarahiku lantaran memaparkan kiriman e-melnya yang sarat ilmu di sini. Aku yakin dia tidak akan radang kerana aku sangat percaya dia turut berpegang bahawa ilmu bukan untuk disorok, tetapi wajar dikongsi.

Nah, inilah kiriman e-melnya, yang menurutku ialah warkah bisu, dan ditambah oleh Saudara Zulkifli Khair; ada suara lunak daripada warkah yang hakikatnya tidak bisu!

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »