Sewaktu menyemak kantung e-mel imtinan_86, aku terjumpa kembali e-mel-e-mel lama yang aku sendiri hampir melupakannya. Antaranya berkenaan maklumat penulisan yang kuperolehi daripada seorang penulis muda yang popular dengan novelnya, Warkah Cinta Berbau Syurga.
E-mel ini berkenaan pertanyaanku kepada beliau tentang ciri-ciri artikel yang baik, serta penggunaan bahasa yang dibolehkan.
Saudara A. Ubaidillah Alias menjawab seperti berikut:
Assalamualaikum wrt. wbt.
Artikel yang baik :
1) Bahasa yang lancar.
2) Mudah difahami.
3) Ringkas tetapi padat.
3) Gaya bahasa berbagai.
Dalam penulisan sesebuah artikel, penulis bebas menggunakan bahasa berbunga-bunga atau ayat yang biasa ataupun konvensional. Yang penting adalah kelancaran bahasa. Pastikan pemilihan bahasa dan kalimah itu memudahkan kefahaman pembaca.
Soal penulis ingin menggunakan banyak bahasa berbunga-bunga, ini bergantung kepada topik atau isu yang diutarakan. Jika berbicara isu perkahwinan dan rumahtangga, apa salahnya menggunakan bahasa berbunga-bunga. Jika membicarakan isu masalah sosial dan pembangunan negara, ada baiknya kurangkan bahasa berbunga.
Jika boleh, biarlah bahasa yang digunakan itu sederhana sahaja. Sederhana dan kena dengan isu yang ingin diutarakan.
Sekalipun begitu, penulis bebas menggunakan apa jua gaya bahasa. Kerana itu akan melambangkan identitinya. Namun, apa yang paling baik ialah menyeimbangkan bahasa esei dengan pelbagai metafora. Barulah pembaca tidak mudah cuak.
Sekian, wassalam
Lihat: E-mel bertarikh 31 Januari 2007
Salam kak..
saya rasa ahli lasykar pelangi masuk Universiti seramai 4 orang.Ini dalam buku.
Ini senarai dia.
1.Ikal
2.Syahdan(network disigner)
3.Flo(guru)
4.Kucai(Drs.Kucai,ahli politik Belitong )
sekadar makluman,kerana saya memang sangat minat buku ini dgn dibeli dgn duit gaji ajar tuisyen.Berbaloi RM 22.
Nanti nak beli sambungnya pulak.Huhu.
salam
saya baru membaca sedikit blog anda, saya dijemput menyertai kumpulan facebook anda.
pendapat saya, banyak penulis seperti boleh berkarya ttg yang bukan fakta (kehidupan, luahan perasaan dll) tapi kurang yang boleh mengolah fakta dan isu semasa. Kemudian fakta dan isu itu ditulis dalam bentuk yang kreatif.
saya bagi contoh penulis yang dapat mengolah isu massa dan fakta dengan baik ialah Faisal Tehrani.
pada hemat saya, anda kurang kualiti ini walaupun anda pandai menyusun ayat. banyakkan pembacaan tentang isu penting berbanding soal hati dan perasaan yang isinya berulang-ulang. ulas ttg isu yang lebih penting seperti kestuan umat, palestin, politik islam.
sekadar pendapat dari saya, saya bukan penulis tetapi kadang-kadang saya menulis, saya berada dalam jurusan kejuruteraan.
selamat maju jaya
wallhua’lam
Zulfadhli: Terima kasih di atas pendapat saudara itu. Bersetuju dengan pandangan saudara; saya lebih cenderung menulis isu perasaan dan soal hati.
Buat pengetahuan saudara, saya lebih suka menjadikan medium blog sebagai satu cara berkisah tentang kehidupan, tentang apa yang saya lihat dan renung melalui alam. seperti yang kita tahu, kehidupan ini adalah sebuah sekolah. Sekalipun tentang hati dan perasaan, itu merupakan ekspresi saya terhadap masyarakat. Jika orang lain menulis tentang politik, tentang kesatuan umat Islam, tentang perjuangan, maka saya lebih memilih menulis secara umum. Blog saya ini hakikatnya cenderung kepada sastera, jadi saya menulis apa yang berkaitan dengannya. Mungkin tiada isu politik, perjuangan, dan yang lebih kritikal daripada itu. Tetapi jika saudara perhatikan dan meneliti tulisan-tulisan saya di blog ini, sebenarnya ada isu politik, isu perjuangan yang ditulis secara tersirat. Sebagai contoh, ‘Aku, Perempuan dan Beruk’ merupakan reaksi saya kepada fenomena politik pada hari ini. Surat terbuka berkenaan PRK, itu isu perjuangan mahasiswa sekalipun didasarkan kepada pengalaman sendiri.
Dan sememangnya saya akui masih terlalu banyak kelemahan yang perlu saya baiki. Terima kasih di atas pandangan dan cadangan saudara. Insya-Allah, sedang berusaha untuk menjadi lebih baik.
silalah menyantap Tawajuh Cinta yang menyorot tema perjuangan mahasiswa sebagai reaksi terhadap keganasan di Palestin 🙂