Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Analisis Filem’ Category

Laskar Pelangi dan Aku

Usai menonton Laskar Pelangi, filem bermutu penuh makna hidup made in Indonesia. Sekolah daif dengan pelajar seramai 10 orang (yang akhirnya menjadi 11 orang).

Serasa-rasa aku persis terbang ke alam persekolahan lalu. Ya, aku sendiri pernah mengalami situasi yang sama seperti anak-anak dalam Laskar Pelangi. Sehingga sekarang, masih jelas di ingatanku jumlah murid-murid sekelasku pada tahun 1998. Ketika itu aku di Tahun 6. Jumlah kami 10 orang- 4 lelaki dan 6 perempuan.

Persekitaran sekolahku kurang lebih seperti sekolah agama dalam filem tersebut, cuma bangunan sekolahku (jika boleh dikira bangunan) lebih baik. Bangunannya batu bercampur papan, bukan semata-mata papan seperti sebuah ‘kandang kambing’ (bukan bertujuan menghina) dalam Laskar Pelangi. Tetapi bayangkanlah. Laskar pelangi itu mungkin boleh diterima kerana latar masanya sekitar tahun 1970-an, tetapi dalam tahun 1990-an pun, sekolahku- sebuah sekolah rendah agama swasta tidak pernah merasa untuk belajar di atas kerusi dan meja seperti kebanyakan murid sekolah kebangsaan. Aku dan teman-teman hanya merasa duduk di atas lantai dengan sebuah meja kecil bertulis nama kami masing-masing. Meja kayu berupa bangku.

Lagu Negaraku tidak pernah dinyanyikan ketika perhimpunan. Yang kami tahu-lagu Panji Islam. Malah, sehingga masuk ke sekolah menengah jua, maaflah, aku tak pernah tahu lagu Negeri kedah (sehingga sekarang).

Serupa Laskar Pelangi, murid-murid sekolah kami akan hanya dapat mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah lain. Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang. Di situlah tempat aku berjuang menggunakan pensil dan kertas.

(selanjutnya…)

Read Full Post »