Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘Sastera’

Tekanan Yang Memaknakan

Jikalah aku seorang ‘pemakan’ apabila ditindih tekanan, pasti aku tidak akan dilihat sebagai remaja usia 16. Oleh kerana aku bukan ‘pemakan’ dalam iklim tekanan, aku dipandang sebagai bocah kecil belasan tahun (wau!). Dan, lantaran aku bukan seorang ‘pemakan’, jari-jemarikulah yang akan berperanan; menari-nari di atas papan kekunci, seumpama bocah angon dengan kambing-kambing atau lembu-lembunya, menari-nari di atas padang rumput hijau di pergunungan sejuk…

(selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

Meratah Bahasa

Contoh 1: “Awak ngah wat per tew? Busy ker? Macam busy jew?”

Contoh 2: “Aper ni bro? Kitorang tak hingin ha nak wat bender-bender camtu!”

Sekali fikir, rasa hati mahu jadi guru bahasa Melayu. Berkali-kali fikir, hasrat itu semakin kuat pula. Tiba-tiba sahaja ada keinginan melonjak terinjak-injak untuk sambung pengajian dalam jurusan kesusasteraan Melayu (pendidikan juga). Wallahua’lam. Masa depan seringkali sukar ditelah.

Seorang teman yang pada suatu ketika sedang menjalani praktikal mengajar di sebuah sekolah di ibu negara menceritakan kepadaku berkenaan pelajar-pelajarnya yang sering mengirim sms menggunakan bahasa slanga. Contoh bahasa slanga yang aku bawakan ada tertera di atas. Rasa tergeliat lidah tak ketika menyebutnya? (selanjutnya…)

Read Full Post »