Archive for Februari 2009
Zubir Ali-Siapa Tak Pernah Menangis
Posted in Puisi on Februari 27, 2009| Leave a Comment »
Rinduku Pada Seorang Guru
Posted in luahan Rasa on Februari 27, 2009| Leave a Comment »
Manik-manik hujan kedengaran jatuh bertaburan di luar bangunan SKET. Langit kelam dan awan sarat mengandung air. Kedinginan kian menggigit kulit. Ah, di manakah guruku? Belum pernah beliau selewat ini. Saya dan sahabat menanti penuh setia.
Tiba-tiba, seorang wanita berseluar jeans dengan baju hitam ketat membalut tubuhnya memasuki bilik kuliah. Melempar salam. Saya mula dijentik resah. Takkanlah wanita itu akan mengajar hari ini? Tidakkk!
“Semua tahu kan, Ayah Zubir tak sihat. Dia masuk wad. Jadi, dalam sebulan atau dua ni, saya akan gantikan Ayah Zubir.”
Semangat saya mula merudum dan jatuh bertimpa-timpa, tergolek-golek di lantai hati. Aduh, tertekannya! Tak tahu nak gambarkan bagaimana tekanan itu menjerit-jerit dalam dada, kerana saya ‘tidak dapat apa yang saya inginkan’ dari kelas puisi itu. Betul. Saya bukan hendak merasakan diri hebat, tetapi saya betul-betul tidak mendapat seperti apa yang diinginkan.
Dua bulan? Ya Tuhan! Sehari ini pun saya sudah mulai lemah, inikan pula sebulan atau dua bulan! Hmm. Persepsi saya pada tutor Fakulti Bahasa dan Linguistik tersebut ialah beliau bukannya ahli dalam bidang ini. Apa yang ‘diajar’ (kalau boleh dikatakan mengajar) hanyalah membuka lembar-lembar puisi, membaca dan sekadar bertanya, “Apakah yang kamu faham?”
Entahlah. Minat saya sudah lesap. Entah melayang ke mana. Saya rasa tidak tahan kerana saya tidak mendapat apa yang diingini.
Guruku, aku rindu pada setiap pengajaranmu! Segeralah sihat dan lekaslah kembali mengajar kami!
Nova
Posted in Puisi on Februari 24, 2009| Leave a Comment »
Sekali ini
Aku berdiri lagi
Di bawah bumbung malam
Menggagar bintang
Paling benderang
Yang berpendar di dada kelam
Suatu waktu dulu.
Rinduku meredap
Pada kerlipan cahayanya
Menyuluh indera
Menerobos sukma
Memabuk rasa.
Sebutir bintang
Paling gemerlap
Yang kuharap kedipnya
Berpanjangan malam
Kini tak muncul lagi.
10.32 p.m.,
7 Februari 2009,
Berkandilkan bulan.
Bakal diterbitkan……….
Posted in Iklan on Februari 22, 2009| Leave a Comment »
Makanya, penerbitan buku yang saya idamkan masih hanya sebuah impian-yang bakal saya kota sedaya mungkin. Buat masa ini, saya masih berusaha mengumpul segenap tenaga untuk melahirkan karya-karya berkualiti. Hingga pada saat ini, 5 cerpen dan 2 puisi saya berjaya mendapat tempat di akhbar tempatan mahupun majalah. Ini bermakna, masih banyak takah-takah yang perlu saya lintasi demi merealisasi sebuah impi.
Lakaran ini dihasilkan buat menaikkan alun semangat, agar impian saya terus mekar berjambangan di taman hati…
Jom ke SIDANA ’09
Posted in Iklan on Februari 19, 2009| Leave a Comment »
Info-info SIDANA ’09:
Perasmian : Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Idris
(TNC HEPA Universiti Malaya)
3 Panelis untuk Forum 28 Feb 2009
Masa: 9 – 11 malam
Tajuk: “Mahasiswa Malaysia vs Mahasiswa Luar Negara”
1) Ustaz Ramadhan Fitri Elias (Mantan YDP PMIUM 2004/05)
2) YB Dato’ Dr. Puad Zarkashi (MP Batu Pahat)
3) Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim (Profesor UM)
Moderator : Sdr. Ridzuan Mohamad (YDP MPMUM)
4 Pembentang Kertas Kerja pada 1 Mac 2009
Masa: 9 pagi – 5 petang
1) YB Saifuddin Nasution (MP Machang)
Tajuk: “Mahasiswa Sebagai Elemen Sedar Masyarakat”
2) Prof Dato’ Mohammad Abu Bakar (Dekan FSSS UM)
Tajuk: “Kampus, Keresahan Intelek dan Kebangkitan Mahasiswa”
3) Sdr Md. Hisommudin Bakar (Mantan YDP MPMUM 2001/02)
Tajuk: “Ke Arah Kesatuan Mahasiswa Islam Malaysia”
4) Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh (Pengerusi Holding Berhad)
Tajuk: “Mahasiswa Islam Sebagai Pemain Ekonomi Penting Masa Hadapan”
Ucaptama : Datuk Paduka Ibrahim Ali (Presiden PERKASA)
Pendaftaran adalah percuma.